Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan juga difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Grafik juga meliputi imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. Setiap elemen seharusnya terdapat dalam foto mahupun video. Walau bagaimanapun, tidak semua elemen grafik terdapat dalam bahan tersebut tetapi sekurang-kurangnya terdapat lebih daripada dua elemen sudah memadai.
Tema : Pemandangan
Gambar yang dipilih adalah gambar di mana audien mudah untuk mengenali bahawa gambar tersebut di kawasan peranginan iaitu di sebuah pulau. Gambar ini dapat dilihat lautan luas terdampar di hampir keseluruhan gambar dan sedampar pasir yang didiami tumbuhan hijau di bahagian tepi gambar. Gambar yang mudah difahami dan dikenal pasti ini tidak terlalu berat dan hanya disesuaikan dengan imej yang seadanya sahaja.
2. Elemen Warna
Tema : Reka Bentuk Dalaman
Gambar ini pula menunjukkan elemen asas grafik warna. Warna yang digunakan pada ruangan di atas sangat bersesuaian kerana mempunyai dua kombinasi warna sahaja iaitu merah jambu dan putih. Kesan warna ini akan menjadikan ruang kelihatan lebih luas dan teratur. Ianya juga mempunyai warna yang senada dengan perabot hiasan di ruangan ini. Warna-warna yang ditonjolkan akan memberi impak yang ceria dan tersusun.
3. Elemen Teks
Tema : Papan Iklan
Gambar di atas juga memenuhi elemen asas grafik iaitu teks. Hal ini demikian kerana, penggunaan teks yang jelas dan besar akan memberi impak kepada kejelasan tentang sesuatu maklumat yang ingin disampaikan. Gabungan teks yang berwarna putih dan latar yang berwarna merah telah menonjolkan kesan teks pada gambar tersebut. Jenis dan saiz font yang jelas juga menjadikan papan iklan ini dapat dilihat dari jauh.
4. Elemen Kesesuaian
Tema : Reka Bentuk Dalaman
Gambar ini pula menunjukkan elemen grafik kesesuaian. Hal ini demikian kerana, jenis perabot dan kedudukannya yang teratur serta warna yang dipilih telah menjadikan ruangan ini kelihatan luas. Perabot dan hiasan yang digunakan juga bersesuaian dengan ruang tamu atau ruang keluarga. Hiasan yang ringkas juga telah memperlihatkan ruang ini sangat kemas dan cantik.
5. Elemen Keseimbangan
Tema : Reka Bentuk Dalaman
Elemen keseimbangan juga jelas kelihatan pada gambar ini. Kedudukan perabot yang teratur telah menjadikan ruangan ini sangat kemas dan luas. Hiasan yang ringkas digunakan bagi menyeimbangkan ruang mewah ini supaya tidak kelihat terlalu sarat. Ruangan ini terlihat sangat seimbang kerana pemilihan warna yang lembut, hiasan yang ringkas dan mewah serta perabot yang menarik.
No comments:
Post a Comment