Sunday, April 17, 2022

BBM3410 - MULTIMEDIA DALAM BAHASA

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 (2022)


MINGGU 1 : 

1. BIODATA DIRI


MINGGU 2 :

2. ELEMEN ASAS GRAFIK

3. INSTAGRAM : MARI IKUTI!


MINGGU 3 : 

4. ASAS FOTOGRAFI : LONG SHOT

5. ASAS FOTOGRAFI : MEDIUM SHOT

6. ASAS FOTOGRAFI : CLOSE UP

7. ASAS FOTOGRAFI : PORTRAIT

8. ASAS FOTOGRAFI : PEMANDANGAN

9. INSTAGRAM : KETENANGAN

10. INSTAGRAM : KESIBUKAN


MINGGU 4 : 

11. ASAS FOTOGRAFI : MUGSHOT

12. ASAS FOTOGRAFI : SILUET

13. ASAS FOTOGRAFI : KABUR

14. ASAS FOTOGRAFI : PENDUA

15. ASAS FOTOGRAFI : OVER THE SHOULDER

16. ASAS FOTOGRAFI : BIRD EYE VIEW  

17. CLOSE UP : 10 EMOSI


MINGGU 5 :

18. TWITTER : NILAI ESTETIKA 

19. INSTAGRAM : KEINSAFAN 

20. PETA MINDA : FLATLAY


MINGGU 6 : 

21. ASAS FOTOGRAFI : SWAFOTO

22. SIMPULAN BAHASA

23. RESENSI BUKU : BAB 1


MINGGU 7 : 

24. VIDEO SHOT : ONE LAYER

25. INSTAGRAM : GEMBIRA

26. INSTAGRAM : FOKUS 

27. TWITTER : RUANG

28. FACEBOOK : SUASANA


MINGGU 8 : 

29. VIDEO SHOT : TWO LAYER

30. VIDEO SHOT : THREE LAYER

31. TIKTOK : HFMD 


MINGGU 9 : 

32. INSTAGRAM : TEKA TEKI

33. TWITTER : KATA-KATA SEMANGAT 

34. FACEBOOK : PESAN MAK

35. TIKTOK : SENAMAN RINGAN 

36. ASAS VIDEOGRAFI : FOKUS

37. ASAS VIDEOGRAFI : MUZIK VIDEO


MINGGU 10 : 

38.  LINKED IN

39. ASAS VIDEOGRAFI : SERAM

40. ASAS VIDEOGRAFI : TRAGEDI


MINGGU 11 : 

41. INFOGRAFIK : MEDIA SOSIAL 

42. ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO SETEMPAT 

43. ASAS VIDEOGRAFI : DOKUMENTARI


MINGGU 12 : 

44. TUGASAN AKHIR : INDIVIDU & KUMPULAN


MINGGU 13 : 

45. PEMBENTANGAN : PODCAST


MINGGU 14

46. PEMBENTANGAN : BAB 1 - 7

Sunday, April 10, 2022

ELEMEN ASAS GRAFIK

Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan juga difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Grafik juga meliputi imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. Setiap elemen seharusnya terdapat dalam foto mahupun video. Walau bagaimanapun, tidak semua elemen grafik terdapat dalam bahan tersebut tetapi sekurang-kurangnya terdapat lebih daripada dua elemen sudah memadai.


1. Elemen Mudah 

Tema : Pemandangan 


Gambar yang dipilih adalah gambar di mana audien mudah untuk mengenali bahawa gambar tersebut di kawasan peranginan iaitu di sebuah pulau. Gambar ini dapat dilihat lautan luas terdampar di hampir keseluruhan gambar dan sedampar pasir yang didiami tumbuhan hijau di bahagian tepi gambar. Gambar yang mudah difahami dan dikenal pasti ini tidak terlalu  berat dan hanya disesuaikan dengan imej yang seadanya sahaja. 



2. Elemen Warna 

Tema : Reka Bentuk Dalaman 


Gambar ini pula menunjukkan elemen asas grafik warna. Warna yang digunakan pada ruangan di atas sangat bersesuaian kerana mempunyai dua kombinasi warna sahaja iaitu merah jambu dan putih. Kesan warna ini akan menjadikan ruang kelihatan lebih luas dan teratur. Ianya juga mempunyai warna yang senada dengan perabot hiasan di ruangan ini. Warna-warna yang ditonjolkan akan memberi impak yang ceria dan tersusun. 


3. Elemen Teks 

Tema : Papan Iklan 


Gambar di atas juga memenuhi elemen asas grafik iaitu teks. Hal ini demikian kerana, penggunaan teks yang jelas dan besar akan memberi impak kepada kejelasan tentang sesuatu maklumat yang ingin disampaikan. Gabungan teks yang berwarna putih dan latar yang berwarna merah telah menonjolkan kesan teks pada gambar tersebut. Jenis dan saiz font yang jelas juga menjadikan papan iklan ini dapat dilihat dari jauh. 


4. Elemen Kesesuaian 

Tema : Reka Bentuk Dalaman


Gambar ini pula menunjukkan elemen grafik kesesuaian. Hal ini demikian kerana, jenis perabot dan kedudukannya yang teratur serta warna yang dipilih telah menjadikan ruangan ini kelihatan luas. Perabot dan hiasan yang digunakan juga bersesuaian dengan ruang tamu atau ruang keluarga. Hiasan yang ringkas juga telah memperlihatkan ruang ini sangat kemas dan cantik. 


5. Elemen Keseimbangan 

Tema : Reka Bentuk Dalaman 


Elemen keseimbangan juga jelas kelihatan pada gambar ini. Kedudukan perabot yang teratur telah menjadikan ruangan ini sangat kemas dan luas. Hiasan yang ringkas digunakan bagi menyeimbangkan ruang mewah ini supaya tidak kelihat terlalu sarat. Ruangan ini terlihat sangat seimbang kerana pemilihan warna yang lembut, hiasan yang ringkas dan mewah serta perabot yang menarik. 


 

 


 







BBM3410 - MULTIMEDIA DALAM BAHASA

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 (2022) MINGGU 1 :  1.  BIODATA DIRI MINGGU 2 : 2.  ELEMEN ASAS GRAFIK 3.  INSTAGRAM : MARI IKUTI! MINGGU 3 :  ...